suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Nyaris Digilis Kereta Api

NEW DELHI: Tindakan pantas seorang anggota polis berjaya menyelamatkan seorang penumpang wanita daripada maut digilis kereta api di India, baru-baru ini.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen kereta api Lonawala dekat Mumbai, wanita terbabit cuba melompat keluar dari kereta api yang sedang bergerak tetapi terjatuh di ruang landasan.

Mangsa ketika itu melompat bersama suaminya, tetapi pasangannya lebih bernasib baik kerana terjatuh di atas platform.

Namun aksi pantas seorang anggota polis yang dipercayai tidak bertugas, menarik wanita terbabit keluar dari landasan itu ternyata wajar diberi pujian.

Kedua-dua pasangan suami isteri itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Insiden itu berlaku hanya beberapa hari selepas seorang kanak-kanak berusia tiga tahun diselamatkan oleh dua pengawal keselamatan daripada digilis sebuah kereta api.

Kejadian yang berlaku di Rusia itu, menunjukkan budak tersebut berjalan di landasan tanpa disedari oleh sesiapa pada awalnya.

Malah kanak-kanak terbabit tidak bergerak ketika sebuah kereta api sedang menuju ke arahnya.

Bagaimanapun dia diselamatkan oleh dua pengawal beberapa saat sebelum budak tersebut maut dilanggar kereta api itu.

Kereta Api, India

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain