suria

Panda Gergasi Betina Dilahirkan Di Jepun

WAKAYAMA, Jepun: Selepas menunjukkan tanda-tanda kehamilan untuk beberapa waktu, Rauhin, seekor panda gergasi betina yang berusia 16 tahun di Adventure World di Shirahama Town, Wilayah Wakayama, di Jepun barat, melahirkan bayi yang sudah sekian lama dinanti-nantikan.

Haiwan itu melahirkan seekor panda betina pada pukul 1.11 pagi pada 18 September lalu.

Bayi panda itu seberat 197 gram ketika dilahirkan.



Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan baik.

Rauhin dilihat memangku bayinya dengan berhati-hati, dan sentiasa menjilatnya.

Penyelidikan pembiakan Adventure World telah memulakan penyelidikan mengenai pembiakan panda gergasi ke atas pinjaman pembiakan dari China buat kali pertamanya di dunia.

Pada masa ini, terdapat kira-kira 1,800 ekor panda gergasi yang hidup bebas di dalam hutan, dan penyelidikan mengenai pembiakan panda gergasi dalam kurungan dianggap penting bagi perlindungan mereka dan pertumbuhan populasinya.

Pada tahun 1994, Adventure World menjadi cawangan Jepun bagi Pangkalan Penyelidikan Chengdu untuk Pembiakan Panda Gergasi di China, bermula dengan penyelidikan bersama mengenai pembiakan semula jadi panda gergasi yang dalam pinjaman pembiakan.

Panda Gergasi, Rauhin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain