suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Foto Bapa Dakap Anak Diselamatkan Bomba Sentuh Perasaan

BEIJING: Kisah pengorbanan seorang bapa melindungi anaknya ketika rumah yang didiami runtuh akibat cuaca buruk di China baru-baru ini, ternyata menyentuh perasaan ramai pihak.

Kejadian itu sempat dirakamkan oleh anggota bomba yang melakukan operasi menyelamat di Zhaotong, wilayah Yunnan dekat barat laut negara ini pada 23 September lalu.

Menurut portal People's Daily Online, lelaki dan anak perempuannya berusia 20 bulan berjaya diselamatkan dari celahan runtuhan rumah yang diperbuat daripada lumpur dan kayu itu.


Lebih mengharukan, foto lelaki berkenaan sedang mendakap anaknya daripada terkena serpihan runtuhan ternyata mempamerkan kasih sayang sejati seorang ayah untuk melindungi anaknya dengan apa jua cara.

Ketika diselamatkan, lelaki itu sudah pengsan akibat kekurangan air dalam badan, manakala anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Kisah berani lelaki yang tidak dinamakan itu turut mendapat perhatian dalam laman sosial.

Rata-rata netizen memuji pengorbanan lelaki itu menyelamatkan anaknya.

"Itulah kuasa kasih sayang seorang ayah," kata seorang pengguna laman sosial Sina.


China, Runtuhan, Pengorbanan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wanita Nyaris Digilis Kereta Api

Artikel Lain