suria

Debat Presiden AS: Clinton 'Hancurkan' Trump

WASHINGTON: Tinjauan umum dan dan media Amerika Syarikat (AS) bersependapat bahawa calon dari Parti Demokrat, Hillary Clinton memenangi debat pertama Pilihan Raya Presiden apabila lawannya, Donald Trump dari Parti Demokrat lebih banyak bertahan ketika diasak.

Perdebatan yang disiarkan secara langsung pada malam Isnin itu menyaksikan kedua-dua calon saling bertikam lidah, berbalas pendapat dan menguji tahap kesabaran masing-masing.

Perbahasan yang berlangsung selama 90 minit menerusi melibatkan isu dasar luar AS,  tahap kesihatan kedua-dua calon, perang di Asia Barat, ekonomi,  dan ancaman militan Daesh.

Dengan pengalaman yang luas dalam dunia politik AS, Clinton kelihatan lebih tenang melontarkan pendapat, diselangi dengan jenaka serta tersenyum ketika diasak oleh Trump.

Berdasarkan tinjauan oleh CNN/ORC, sebanyak 62 peratus daripada 521 pengundi di AS bersetuju Clinton lebih menyerlah berbanding Trump yang hanya mendapat sokongan 27 peratus.

Selain itu, tinjauan oleh Public POlicy Polling mendapati sebanyak 51 peratus responden merasakan Clinton lebih layak menang manakala 40 peratus pengundi memilih Trump dan bakinya tidak membuat sebarang keputusan.

Bagi pihak media AS pula, New York Times menyifatkan debat itu tidak menarik perhatian kerana hanya satu pihak sahaja mengambil serius manakala satu pihak lagi bersifat pembuli.

Penulis rencana akhbar itu, Nick Kristof berkata, Trump hanya memalukan diri sendiri dan Clinton pula 'menghancurkan' lawannya.

Akhbar Washington Post pula berpendapat, Trump dilihat tidak bersedia menggalas tugas sebagai Presiden.

Stesen berita Fox News dalam laporannya berkata, Trump kelihatan bergelut dan gagal menguasai isu yang diutarakan oleh Clinton.

Sementara itu, kira-kira lima juta pengguna Twitter berbicara tentang perbahasan tersebut yang akan memasuki pusingan kedua pada 9 Oktober ini.

Donald Trump, Hillary Clinton

Artikel Lain