LONDON: Seorang Ahli Parlimen Britain terbunuh dalam satu serangan di jalan pada Khamis, mengakibatkan kempen untuk mengekalkan Britain dalam Kesatuan Eropah (EU) ditangguhkan. Jo Cox, 41, ibu kepada dua anak itu merupakan anggota parti pembangkang, Parti Buruh ditembak di bahagian muka oleh seorang penyerang di Birstall di utara England. Cox yang turut dilaporkan ditikam. "Dia (suspek) tembak wanita itu (Cox) sekali dan kemudian menembaknya sekali lagi.... selepas itu dia tembak sekali lagi di bahagian muka," kata saksi, Clarke Rothwell kepada BBC. Menurut polis, suspek yang merupakan lelaki berusia 52 tahun itu telah ditahan dan senjata api ditemui di tempat kejadian. - AFP