suria

Ujian Dadah Secara Rawak Ke Atas Juruterbang Dirancang Susulan Nahas Germanwings

Serpihan pesawat Germanwings di lokasi nahas di banjaran Alps pada Mac lalu.

BERLIN: Jerman merancang memperuntukkan undang-undang bagi mengenakan ujian dadah dan alkohol secara rawak ke atas juruterbang, bagi mengurangkan risiko nahas pesawat Germanwings pada Mac lalu daripada berulang, kata Menteri Pengangkutan, Alexander Dobrindt dipetik sebagai berkata pada Ahad.

Rancangan itu susulan cadangan pasukan petugas khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengangkutan selepas insiden seorang juruterbang yang menguncikan dirinya sendiri di dalam kokpit sebelum pesawat terhempas di banjaran Alps.

Nahas itu mengorbankan kesemua 150 orang.

Pendakwa menemui bukti bahawa pembantu juruterbang berkenaan mengalami kemurungan yang teruk dan mungkin bimbang akan kehilangan kerja, telah mengambil pendekatan membunuh diri dan membunyikan penyakit yang dialaminya daripada pengetahuan majikan.

"Saya fikir adalah masuk akal apabila juruterbang diperiksa secara rawak terhadap penggunaan alkohol, dadah dan ubat-ubatan," kata Dobrindt kepada akhbar Bild am Sonntag.

"Pakar-pakar di seluruh dunia akan melihat kesan positif terhadap perkara ini bagi mempertingkatkan keselamatan operasi dalam penerbangan," katanya. - Reuters

Artikel Sebelum

41 Maut Puting Beliung Landa AS

Artikel Lain