suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Boko Haram Serang Kampung, 14 Terbunuh

KANO, Nigeria: Seramai 14 orang terbunuh manakala yang lain cedera selepas anggota kumpulan militan Boko Haram menyerang sebuah kampung yang sedang menyambut krismas di sini.

Dalam kejadian di Kampung Kimba di sini pada Jumaat, kumpulan militan itu dikatakan telah melepaskan tembakan secara rambang ke rumah-rumah penduduk.

"Kumpulan bersenjata itu telah membunuh 14 penduduk dan membakar seluruh kampung berkenaan," kata  Mustapha Karimbe iaitu orang awam yang membantu tentera menentang Boko Haram.

Seorang lelaki yang melawat kampung berkenaan terkejut dengan kesan serangan apabila banyak rumah hangus dan mayat bergelimpangan.

Serangan itu dilakukan beberapa hari selepas Presiden Nigeria  Muhammadu Buhari mengumumkan bahawa tentera telah berjaya menewaskan Boko Haram pada tahun ini.

Boko Haram, Nigeria

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain