suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Star Wars: The Force Awakens Pecah Rekod Tayangan Krismas

LOS ANGELES: Filem terbaharu Star Wars memecah satu lagi rekod pecah panggung baharu apabila meraih AS$49.3 (RM211.64 juta) bagi tayangannya pada Hari Krismas di Amerika Utara, yang merupakan jumlah kutipan tertinggi setakat ini pada cuti  perayaan itu.

Menurut data daripada perangkaan industri pada Sabtu, filem "Star Wars: The Force Awakens" dengan mudah mengatasi rekod tayangan filem Hari Krismas sebelum ini iaitu "Sherlock Homes" dengan AS$24.6 juta (RM105.6 juta).

Sherlock Homes yang dibintangi oleh Robert Downey Jr membuka tayangannya pada 25 Disember 2009.

Jeff Bock dari peneraju data hiburan Exhibitor Relations memberitahu AFP bahawa Star Wars terus bersinar mencatatkan kejayaan menerusi filem pecah panggung.

Bock berkata, setakat ini filem Star Wars siri ketujuh itu meraih kutipan AS$890.3 juta (RM3.82 bilion) menerusi tayangannya di seluruh dunia dengan AS$440.4 juta (RM1.89 bilion) hanya di Amerika Syarikat (AS). - AFP

Star Wars

Artikel Lain