suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pramugari Ditahan Serang Rakan Setugas Dalam Pesawat

SEORANG pramugari ditahan selepas didakwa menyerang rakan setugas dan seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) semasa dalam penerbangan, menurut laporan Daily News.

Menurut portal Mirror yang memetik laporan itu, anak kapal American Airlines, Joanne Snow didakwa kerana bergaduh dengan seorang kru penerbangan dan kru kabin, serta menghalang seorang pegawai persekutuan.

Pramugari berkenaan didakwa menampar rakan setugasnya dan memukul pegawai persekutuan itu semasa dalam penerbangan dari Charlotte di North Caroline ke Franfurt di Jerman.

Snow dilaporkan kelihatan "bermasalah" dan "berkelakuan pelik" sebelum pesawat berlepas, menurut satu aduan yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Charlotte. 

Menurut afidavit, pegawai udara persekutuan, Joseph Fialka memberitahu bahawa seorang kru kabin meminta supaya Snow dikeluarkan dari penerbangan itu dia berkelakuan pelik.

Bagaimanapun pramugari tersebut masih mahu bergaduh sehingga didakwa menyerang seorang rakan setugas dan seorang pegawai udara yang lain.

Jurucakap American Airlines, Katie Cody dalam satu kenyataan berkata: "Kami menyedari insiden yang berlaku, dam susulan aduan mengenai salah laku. Kami mengambil perkara ini secara serius.

"Kami bekerjasama rapat dengan penguatkuasa undang-undang persekutuan bagi membantu siasatan mereka, dan berhubung terus dengan kakitangan kami. Keselamatan pelanggan dan kakitan sentiasa diutamakan," katanya. - Mirror

American Airlines

Artikel Sebelum

Artikel Lain