suria

Tuduhan Terhadap Wanita Malaysia Cederakan Majikan Dipinda

SINGAPURA: Pindaan tuduhan terhadap wanita berusia 34 tahun yang didakwa mencederakan majikannya dengan senjata berbahaya dikemukakan pada Isnin.

Woo Mui Mee seorang warga Malaysia direman di Institut Kesihatan Mental untuk penilaian psikiatrik.

Dia dituduh mencederakan Wong Keng Woo, 76 dengan pisau pemotong kertas dan mengakibatkan kecederaan pada tangan kiri Wong di rumahnya di Yishun Ring Road pada pukul 10 malam pada 21 November.

Tuduhan itu dipinda daripada menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya kepada menyebabkan kecederaan dengan senjata.

Berikutan kecederaan itu, Wong disahkan meninggal dunia 11 jam kemudian.

Woo akan dibicarakan pada 14 Disember.

Jika didapati bersalah, dia akan dikenakan hukuman penjara lebih dari 15 tahun dan denda. -The Straits Times/ Asia News Network

Singapura, Mahkamah

Artikel Lain