Malaysia Dilantik Tuan Rumah CHOGM Ke-27 Pada 2020 - Dunia | mStar

Malaysia Dilantik Tuan Rumah CHOGM Ke-27 Pada 2020

VALLETTA: Malaysia dilantik menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-26 pada 2020, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pelantikan itu merupakan pengiktirafan terhadap peranan penting Malaysia sebagai anggota negara Komanwel sejak 50 tahun lalu.

"Malaysia telah dilantik menjadi tuan rumah CHOGM pada 2020, 31 tahun selepas menghoskan mesyuarat berkenaan (1989)," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri majlis penutup CHOGM 2015 di Malta, di sini, Isnin.

Ahmad Zahid yang mengetuai delegasi Malaysia ke CHOGM 2015 berkata, United Kingdom akan menjadi tuan rumah mesyuarat berkenaan pada 2018.

Sepanjang mesyuarat di sini, para pemimpin Komanwel menyelesaikan isu-isu global seperti perubahan iklim, membina daya tahan di negara-negara kecil, perdagangan dan pembangunan mampan, memperkasakan belia dan memerangi rasuah serta keganasan.

CHOGM , Komanwel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain