suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tentera Arab Saudi Maut Ditembak

RIYADH: Seorang tentera Arab Saudi dan dua orang awam terbunuh di sempadan selepas berlaku serangan dari Yaman pada Ahad, jelas Kementerian Dalam Negeri.

Anggota tentera pengawal sempadan itu terbunuh di Dahran al-Janub berikutan terkena tembakan yang dilepaskan dari negara jiran pada pagi Ahad.

Pada hari sama, dua penduduk Yaman turut maut apabila terkena serangan  ketika mereka berada di sempadan kawasan Arab Saudi.

Sebelum itu, seorang lagi warga Yaman yang menetap di Arab Saudi terbunuh akibat ditembak oleh penyerang yang melakukan tembakan rambang di Najran yang juga kawasan sempadan pada Sabtu, menurut agensi pertahanan.

Berikutan itu, Arab Saudi mendedahkan seramai 80 orang terbunuh di sempadan akibat serangan daripada puak Syiah selepas negara itu melakukan serangan udara terhadap militan Syiah di Yaman.

Arab Saudi

Artikel Lain