suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Buru Santa Claus Curi Helikopter

RIO DE JANEIRO: Polis Brazil sedang memburu Santa Claus Sao Paulo yang memulakan musim membeli belah sempena Krismas dengan mencuri sebuah helikopter.

Perompak menyewa pesawat itu pada Jumaat daripada syarikat perkhidmatan teksi udara di Lapangan Terbang Campo Marte di Sao Paulo untuk kejutan Black Friday," kata Setiausaha Keselamatan negeri pada Sabtu.

Ketika dalam penerbangan itu, Santa memaksa juruterbang mendarat di luar kawasan ladang kecil di pinggir bandar Sao Paulo dimana seorang rakan menemuinya di situ.

Mereka kemudiannya mengikat juruterbang itu sebelum kedua-duanya melarikan diri.

Beberapa jam kemudian, juruterbang itu berjaya melepaskan diri dan memaklumkan polis, bagaimanapun helikopter Robinson model 44 tidak dapat dikesan. -- Reuters



Santa Claus, Sao Paulo, Krismas

Artikel Lain