suria

Mahkamah Kekal Keputusan Haram Pakai Tudung Di Perancis

PARIS: Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah mempertahankan keputusan Perancis mengharamkan pemakaian tudung di negara tersebut, selepas menolak rayuan seorang pekerja wanita Islam yang diberhentikan kerana enggan membuka tudung, 15 tahun lalu.

Dalam penghakimannya, mahkamah itu memutuskan, kepentingan untuk Christiane melaksanakan hak tuntutan agamanya adalah jelas dan dia juga perlu mengikut kod pemakaian yang ditetapkan.

Dengan itu, mahkamah membuat keputusan untuk mengambil tindakan secara adil dan memberi keutamaan kepada keperluan meliputi kepentingan semua pihak di negara itu.

Menerusi laporan Mail Online, disiarkan Christiane Ebrahimian yang bertugas sebagai pekerja sosial di Jabatan Psikiatri di sebuah hospital di Nanterre diberitahu kontraknya tidak disambung selepas seorang pesakit mengadu dia enggan membuka tudungnya ketika diminta berbuat demikian dalam kejadian pada 2000.

Sebelum ini, Christiane pernah membuat rayuan di Mahkamah Pentadbiran Versailles Perancis dan Mahkamah Pentadbiran Rayuan, bagaimanapun ditolak.

Selepas gagal dalam dua rayuannya di Perancis, wanita berusia 60an itu membuat rayuan di Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah.

Undang-undang pengharaman pemakaian tudung di negara ini mula dikuatkuasakan pada 2004 dan mendapat kritikan hebat daripada penduduk Islam yang membantah keras larangan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain