suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Maut, Serangan Lelaki Bersenjata Di Klinik Perancangan Keluarga

Seorang lelaki bersenjata (baju putih) ditahan polis selepas melepaskan tembakan di klinik perancangan keluarga di Colorado sehingga mengakibatkan tiga maut dan mencederakan beberapa yang lain. Foto Reuters

COLORADO: Tiga maut selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di klinik perancangan keluarga di Colorado pada Jumaat.

Insiden berkenaan turut mencederakan beberapa yang lain.

Lelaki bersenjata itu kemudiannya menyerah diri selepas lima jam serangan berlaku.

Datuk Bandar, John Suthers berkata, seorang anggota polis merupakan antara yang terbunuh, manakala sembilan yang lain dengan lima merupakan anggota polis mengalami kecederaan.

Tambahnya, dua lagi yang maut merupakan orang awam.

"Kejadian yang berlaku di Colorado Springs pada hari ini merupakan sesuatu yang amat dasyat dan menghibakan terutama bagi insan tersayang kepada mangsa," kata Suthers kepada pemberita. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain