suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peniaga Dalang Serangan Bom Korbankan Ejen Keselamatan Presiden Tunisia

Serangan bom ke atas bas yang membawa ejen keselamatan Presiden Tunisia mengorbankan 12 nyawa.

TUNIS: Lelaki yang dikenali sebagai Houssam ben Hei ben Miled Abdelli didapati bertanggungjawab melancarkan serangan bom yang mengorbankan 12 ejen keselamatan presiden Tunisia baru-baru ini.

Pihak berkuasa negara itu mengesahkan identiti peniaga berusia 27 tahun itu menerusi ujian DNA.

Dia dikatakan berasal daripada kelas pertengahan di kawasan kejiranan di pinggir bandar, dekat sini.

Kementerian Dalam Negeri menerusi kenyataan berkata, polis forensik mengenal pasti Houssam menerusi DNA miliknya.  Kumpulan militan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan ke atas sebuah bas di kawasan tengah bandar, yang mengorbankan 12 orang.

Letupan terbaharu yang menggegar Tunisia kali ketiga itu berlaku selepas dua serangan di kawasan pelancongan tahun ini, yang dilakukan kumpulan radikal Islam mengorbankan 60 nyawa.

Tunisia, DNA, Houssam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain