suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bom Mungkin Punca Nahas Pesawat Rusia - Pasukan Risikan AS

ANALISIS pasukan risikan Amerika Syarikat (AS) berhubung tragedi pesawat Rusia yang terhempas di Sinai, Mesir pada Sabtu lepas mendapati terdapat kemungkinan bahawa kumpulan militan atau sekutunya meletakkan bom di dalam pesawat.

Ia sekali gus menjadi kemungkinan sebagai punca nahas selepas beberapa hari pihak berkuasa menolak dakwaan bahawa tragedi itu dilakukan oleh kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

CNN melaporkan bahawa Menteri Luar Britain, Philip Hammond berkata, kerajaannya percaya terdapat "kemungkinan besar" bahawa satu alat letupan yang menjadikan punca nahas.

Menurut satu sumber Timur Tengah yang memberikan taklimat berhubung risikan turut memberitahu ia kemungkinan berlaku disebabkan seseorang meletakkan bom di dalam pesawat berkenaan.

Seorang pegawai risikan AS berkata: "Sudah tentu terdapat alat letupan yang diletakkan di dalam bagasi atau mana-mana di dalam pesawat."

Pesawat Metrojet bagi penerbangan 9268 berkecai di udara sebelum terhempas di Semenanjung Sinai, Mesir pada Sabtu lalu.

Nahas yang berlaku dalam penerbangan dari Sharm el-Sheikh ke St. Petersburg itu mengorbankan kesemua 224 orang. - CCN

pesawat Rusia, ISIS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain