suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Indonesia Dilanda Dua Gempa Bumi Pada Rabu

Daerah Banten.

JAKARTA: Indonesia dilanda dua gempa bumi dalam tempoh dua jam yang menggegarkan daerah Banten dekat sini dan Nias Selatan di Sumatera Utara pada Rabu.

Dalam kejadian pertama pada 1.14 tengah hari waktu tempatan, gempa bumi sekuat 5.2 skala Richter dikesan berlaku di perairan Sesar Ujung Kulon iaitu dibarat daya Pandeglang, Banten.

Siaran berita televisyen tempatan memetik Kepala Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Andy Eka Sakia sebagai berkata gempa itu dikesan berlaku 10 kilometer di bawah permukaan laut dan tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gegaran dilaporkan turut dirasai di beberapa kawasan di ibukota Jakarta danBogor namun setakat ini pihak berkuasa belum menerima sebarang laporan kerosakan harta benda.

Gempa kedua pula berlaku di kawasan perairan Nias Selatan dengan kekuatan 5.3 skala Ritcher pada pukul 3.12 petang tadi.

"Pusat gempa berada pada 39 kilometer Tenggara Nias Selatan dengan kedalaman10 kilometer," kata Andy.

BKMG juga tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami bagi gempa kedua itu.

Gempa Bumi Indonesia

Artikel Lain