suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Kargo Terhempas, 27 Penumpang Dipercayai Terbunuh

JUBA: Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh selepas sebuah pesawat terhempas di kawasan pertanian di Sungai Nil Putih, selatan Sudan di sini pada Rabu.

Polis dilaporkan sedang berusaha membawa keluar mayat mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa.

"Sebuah pesawat kargo jenis Antonov An-12 buatan Rusia yang dalam perjalanan dari Paloch terhempas kira-kira 800 meter dari landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Juba," lapor sebuah stesen radio Sudan.

Stesen radio itu juga mendakwa  seramai 40 penumpang pesawat itu terbunuh.

Pihak berkuasa lapangan terbang pula mendakwa terdapat tiga mangsa terselamat dalam kejadian berkenaan.

Pesawat kargo itu turut membawa penumpang selain muatan dari destinasinya.

Kargo, Sudan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain