Polis Serbu Premis Jual Pakaian Menyerupai Bendera IS - Dunia | mStar

Polis Serbu Premis Jual Pakaian Menyerupai Bendera IS

POLIS Sepanyol menyerbu sebuah kedai menjual barangan di laman sosial kerana memasarkan pakaian menyerupai bendera kumpulan militan Negara Islam (IS).

Premis itu juga turut menjadikan saat seorang pekerja kemanusiaan,  Alan Henning disembelih sebagai gambar di kedainya.

Henning dari Manchester  disembelih oleh IS pada Oktober tahun lalu di Syria selepas dia diculik.

Selain serbuan, pihak berkuasa Sepanyol turut mengarahkan premis tersebut menghentikan operasi dan menutup premis berkenaan.

Menurut gambar yang didedahkan kerajaan Sepanyol, premis berkenaan menjual beg, kemeja-t, seluar, dan baju sejuk - kesemuanya berwarna hitam.

Sepanyol , IS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

17 Terbunuh Dalam Letupan Gudang

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Neymar terus kekal di PSG?