suria

Kuil Preah Vihear: Yingluck Batal Lawatan Ke Ethiopia

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra, yang bimbangkan reaksi rakyat Thai tentang keputusan yang bakal diumumkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung pertikaian kuil Preah Vihear dengan Kemboja, membuat keputusan membatalkan lawatan ke Ethiopia.

"Perdana menteri memutuskan untuk membatalkan lawatan ke Ethiopia sebab beliau bimbangkan keadaan di dalam negara pada 11 November apabila mahkamah menyampaikan keputusannya tentang pertikaian sempadan antara Thailand dan Kemboja berhubung kuil Preah Vihear," kata jurucakap kerajaan, Theerat Rattanasevi, kepada media, Isnin.

Beliau berkata Yingluck dijadual berkunjung ke Ethiopia dari 12-15 November untuk menyampaikan ucapan pada Persidangan Antarabangsa mengenai Perancang Keluarga.

Katanya Yungluck menugaskan Menteri Kesihatan Awam Pradit Sintawanarong untuk menggantikan beliau.

Bagaimanapun, Yingluck masih dijadual melawat Singapura pada hujung November. - BERNAMA

Artikel Lain