suria

Taufan Usagi: 21 Maut di Selatan China

Seorang penunggang motosikal cuba melalui di celah-celah pokok tumbang yang merenatangi jalan raya di Shantaou, di selatan China. Keadaan semakin meruncing selepas Taufan Usagi melanda kawasan berkenaan.

BEIJING: Seramai 21 orang dilaporkan maut apabila angin taufan paling kencang membadai selatan China, kata pihak berkuasa pada Isnin.

Taufan berkenaan turut menyebabkan beratus-ratus jadual penerbangan dibatalkan, menjejaskan perkhidmatan perkapalan dan kereta api serta menerbangkan kenderaan.

Kematian yang dilaporkan berlaku di wilayah Guangdong apabila Taufan Usagi melanda petang semalam selepas mengganas di hab kewangan HongKong. Terdahulu, taufan itu membadai di Taiwan dan Filipina yang mencatatkan dua kematian.

Pejabat wilayah Guangdong berkata, 13 daripada 21 orang yang mati ialah di bandar Shanwei iaitu kawasan paling terjejas akibat bencana alam itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain