suria

Bekas Presiden Jerman Hadapi Dakwaan Salah Guna Kuasa

BERLIN: Bekas Presiden Jerman, Christian Wulff akan dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menerima habuan ketika berkhidmat sebagai ketua menteri di salah sebuah negeri di negara itu.

Wulff, 54, yang sebelum ini mencatat sejarah sebagai presiden Jerman termuda hanya sempat memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja sebelum meletakkan jawatan kerana skandal yang dihadapinya itu.

Jawatan presiden hanyalah satu jawatan istiadat tanpa kuasa eksekutif yang disandang oleh Canselor.

Wulff bakal menjadi ketua negara Jerman yang pertama dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan salah guna kuasa.

Beliau didakwa membenarkan seorang rakannya yang juga penerbit filem membayar sebahagian daripada bil hotelnya ketika festival Oktoberfest di Munich pada tahun 2008 sebagai habuan untuk memberi sokongan ke atas sebuah projek filem ketika beliau masih lagi berkhidmat sebagai ketua menteri di wilayah Saxony.

Penerbit filem tersebut, David Groenewold akan turut didakwa kerana mengeluarkan bayaran sebanyak 500 euros (AS$668) untuk Wulff dan isterinya.

Wulff menegaskan yang dia tidak menyedari berlakunya peristiwa itu tetapi kemudiannya membayar semula wang tersebut secara tunai kepada Groenewold.

Perbicaraan itu dijadualkan bermula pada 1 November di Hanover.

Di bawah undang-undang Jerman, kesalahan seperti itu boleh membawa kepada penjara tiga tahun dan juga denda.

Wulff dan Groenewold pada awal tahun ini menolak tawaran agar menyelesaikan dakwaan ke atas mereka dengan membayar denda atas alasan mereka mahu ke mahkamah untuk membersihkan nama mereka.

Wulff, yang dilantik ke jawatan presiden atas cadangan Cancelor Angela Merkel akhirnya meletak jawatan pada 2012 dan tempatnya digantik oleh bekas aktivis hak asasi kemanusiaan Jerman Timur, Joachim Gauck.

Artikel Lain