Pesawat Israel Bedil Selatan Beirut - Dunia | mStar

Pesawat Israel Bedil Selatan Beirut

BEIRUT: Pesawat pejuang Israel membedil selatan Beirut, awal pagi waktu tempatan, sehari selepas pejuang Palestin menembak empat roket ke kawasan utara Israel.

Tentera Israel berkata, pesawatnya berbuat demikian sebagai membalas serangan berkenaan dan mendakwa serangan hari ini mensasarkan kawasan 'pengganas' di antara Beirut dan Sidon.

Ia adalah serangan udara pertama di kawasan itu sejak 2006 ketika meletusnya Perang Israel-Lubnan membabitkan kumpulan Hezbollah.

Pegawai Pusat Arahan Barisan Liberal Palestin, Ramez Mustafa, memberitahu, serangan berlaku jam 4 pagi namun tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan.

Katanya, pesawat Israel membedil kawasan pantai di Bandar Naameh, kira-kira 16 kilometers di selatan Beirut.

Kawasan terbabit dikatakan kawasan penempatan dan markas kumpulan pejuang Palestin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan