Polis Kenal Pasti Dua Suspek Kes Bunuh Imam Ya'kub - Dunia | mStar

Polis Kenal Pasti Dua Suspek Kes Bunuh Imam Ya'kub

PATTANI: Polis selatan Thailand mengenal pasti dua daripada empat suspek yang terlibatdalam pembunuhan pemimpin agama berpengaruh, Imam Ya'kub Raimanee iaitu Imam Besar Masjid Jamek Pattani.

Bagaimanapun, kes itu masih lagi dalam siasatan sama ada pembunuhan itu berpunca daripada masalah peribadi atau kes keselamatan, kata Ketua Polis Daerah Pattani Kolonel Polis Tuan Dir Juthanan pada sidang media di sini, Selasa.

Katanya hasil siasatan polis, peluru yang digunakan untuk menembak Ya'kub merupakan jenis sama yang digunakan dalam 10 kes lain di Pattani.

Ya'kub, 49, ditembak empat lelaki dalam jarak dekat di hadapan ratusan khalayak pada 4.40 petang semalam di pasar Ramadan Cabang Tiga di sini ketika membeli makanan berbuka puasa dengan isterinya.

Berdasarkan rakaman CCTV, suspek menunggang dua motosikal dan memakai topi. Dua daripada mereka bersenjatakan pistol .38mm.

Sementara itu, Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra menyampaikan ucapan takziah dan berkata Ya'kub telah banyak berjasa di kawasan itu. "Insiden itu tidak seharusnya berlaku," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Ditanya adakah kejadian itu hasil kegagalan usaha keamanan di selatan Thailand, beliau berkata kadang-kadang insiden itu berpunca masalah peribadi dan sehubungan itu meminta orang ramai agar menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terlebih dahulu.

Beliau meminta pihak berkuasa menyiasat perkara itu dengan segera, manakala masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu itu yang dianggap sensitif.

Bagi khalayak di Pattani, kematian Ya'Kub merupakan kehilangan besar dan mengejutkan.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pattani, Wae Deramae Matmingchik berkata Ya'kub adalah seorang yang terkenal dalam masyarakat dan merupakan imam yang berwibawa di Pattani.

"Beliau dipilih penerima Anugerah Diraja sebagai Imam Terbaik tetapi belum sempat menerimanya beliau sudah meninggal dunia," katanya.

Seorang penduduk di Pattani, Samsudin Samae yang sedih dan terkejut dengan berita itu berkata sukar mencari pengganti Ya'kub kerana beliau seorang yang arif dalam hal ehwal duniawi dan akhirat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Letupan Bom: Tujuh Terbunuh di Karachi

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain