suria

Asiana Mahu Saman Pihak Namakan Juruterbang Terhempas

SEOUL: Asiana pada Ahad berkata pihaknya merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa pengangkutan Amerika Syarikat (AS) dan stesen televisyen kerana mengesahkan nama juruterbang yang terhempas di San Francisco, minggu lalu.

Rakan sekutu rangkaian Fox, KTVU Channel 2 di Oakland, menamakan juruterbang pesawat Boeing 777 yang terhempas itu sebagai "Sum Ting Wong," "Wi Tu Lo," "Ho Lee Fuk," dan "Bang Ding Ow."

KTVU memetik sumber daripada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) namun meminta maaf selepas menyedari kesalahan berita itu.

Asiana bagaimanapun berkata, nahas itu menyebabkan empat nama baik empat juruterbang itu serta syarikat berkenaan terjejas.

"Kami bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas KTVU dan NSTB kerana menyiarkan laporan yang mengesahkan nama itu," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Tiga orang maut apabila pesawat Asiana Airlines Penerbangan 214 terhampas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco, 6 Julai lalu dengan lebih 180 lagi cedera. - AFP

Artikel Lain