suria

Populasi Romania Menurun Kepada 20 Juta Orang

BUCHAREST, Romania: Pihak berkuasa berkata, populasi Romania menurun kepada lebih 20 juta orang, keputusan itu ekoran daripada kadar kelahiran yang menyusut dan penghijrahan rakyat negara itu untuk mencari kerja, terutama ke Eropah Barat.

Keputusan itu disiarkan pada Khamis daripada bancian 2011 dan menunjukkan populasi menurun kira-kira 1.55 juta orang sejak bancian pada 2001.

Romania pada 1989 mempunyai populasi seramai 23 juta orang, sebagai salah satu negara du Eropah Timur yang mempunyai jumlah penduduk paling ramai.

Bagaimanapun, negara itu mengalami penurunan dalam kadar kelahiran, dengan populasi penuaan seperti kebanyakan Eropah, dan berjuta-juta berhijrah ke Itali dan Sepanyol untuk bekerja. - AP

Artikel Lain