suria

Seorang Maut, 73 Cedera Letupan Kilang Kimia Di AS

Loji Kimia Williams Olefins masih lagi terbakar selepas meletup sehingga menyebabkan seorang pekerja maut.

CHICAGO: Seorang maut manakala 73 lagi cedera apabila sebuah kilang kimia meletup di Louisiana, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

“Setakat ini, kami percaya setiap pekerja sudah dikenal pasti dan mereka selamat," kata Gabenor Louisiana, Bobby Jindal.

Letupan itu berlaku di loji kimia Williams Olefin kira-kira pukul 8.37 pagi waktu tempatan.

Kira-kira 600 pekerja berada di kawasan loji berkenaan ketika letupan berlaku.

Loji berkenaan terletak di kawasan perindustrian Geismar di Mississippi River, di utara New Orleans.

Penduduk berhampiran memberitahu, mereka dapat merasai gegaran ketika letupan berlaku dan melihat bola api besar menghambur ke udara dari kilang berkenaan.

Artikel Lain