suria

Murdoch Fail Penceraian Dengan Isteri Ketiga

Murdoch (kiri) dan isterinya Wendi Deng.
Murdoch (kiri) dan isterinya Wendi Deng.
Murdoch (kiri) dan isterinya Wendi Deng.

NEW YORK: Jutawan media yang juga Ketua News Corp, Rupert Murdoch memfailkan penceraian ke atas isteri ketiganya, Wendi Deng pada Khamis dengan memberitahu perkahwinan dengan wanita 38 tahun lebih muda daripadanya tidak dapat diselamatkan lagi.

"Saya mengesahkan bahawa Rupert memfailkan penceraian di Mahkamah Agung New York awal pagi Jumaat.

"Murdoch bertindak demikian kerana hubungan antara beliau dan Wendi sudah tidak dapat diselamatkan," kata jurucakapnya Steven Rubenstein.

Menurut sumber terdekat kepada News Corp, pasangan tersebut mempunyai perjanjian pra-perkahwinan tetapi enggan mengulas lanjut.

Penceraian itu tidak akan menjejaskan syarikat media kendalian Murdoch di mana Deng tidak mempunyai pegangan saham dan hak mengundi dalam News Corp.

Namun, empat anak hasil daripada perkahwinan terdahulu Murdoch mempunyai hak untuk mengundi, kata sumber itu lagi.

Artikel Lain