suria

H7N9 Ditemui Dalam Sampel Ayam Di China

BEIJING: Virus H7N9 dikesan dalam sampel ayam di Provinsi Guangdong di selatan China, kata pihak berkuasa pertanian China pada Isnin.

Sampel yang diuji positif H7N9 itu adalah daripada ayam di pasar di bandaraya Zengcheng di Provinsi Guangdong, menurut laporan agensi berita Xinhua.

Hasil analisis gen, makmal rujukan avian flu atau selesema burung nasional merumuskan virus H7N9 ditemui dalam sampel itu mempunyai generik serupa pada kadar tinggi sepertimana yang ditemui dalam sampel burung merpati diuji pada 4 April, menurut agensi itu.

Wabak virus jenis baharu selesema burung itu melanda China pada akhir Mac, dan setakat ini, jumlah kematian akibat H7N9 telah mencecah 36 orang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain