suria

Jumlah Kematian Akibat H7N9 Di China Meningkat Kepada 26 Orang

BEIJING: Jumlah kematian akibat virus selesema burung H7N9 di tanah besar China meningkat kepada 26 orang setakat semalam sejak wabak itu tercetus awal April lepas.

Sebanyak 19 kes H7N9 dilaporkan di China dalam tempoh seminggu iaitu dari 24 April hingga 1 Mei, menjadikan jumlah pesakit dihidapi penyakit itu meningkat kepada 127 orang.

Menurut Surujanjaya Perancangan Keluarga dan Kesihatan Kebangsaan, antara 19 kes terbaru itu, 16 dikesan di wilyah timur China termasuk Jiangsu (3), Zhejiang (4), Jiangxi (5), Fujian (3) dan satu kes di Shandong.

Sementara itu, pihak berkuasa Taiwan mengesahkan kes pertama dikesan di negara itu semalam. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain