suria

Letupan Di Boston: Bom Diletakkan Dalam Periuk Pemanas

BOSTON: Siasatan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mendapati bahan letupan yang digunakan dalam serangan di Boston pagi Selasa, diletakkan dalam periuk pemanas dan dibungkus menggunakan beg pakaian hitam.

Menurut sumber, bahan letupan tersebut turut diisi serpihan besi, paku dan bebola besi.

Katanya, siasatan kes dua serangan bom yang berlaku berhampiran garisan penamat acara Maraton Boston itu masih diteruskan.

Dalam pada itu, Presiden AS, Barack Obama menyifatkan kejadian letupan terbabit sebagai serangan pengganas.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih belum dapat memastikan sama ada serangan itu dilakukan oleh kumpulan pengganas antarabangsa atau tempatan. - AP

Artikel Berikut

AS Diserang Kali Kedua?

Artikel Lain