suria

Imam Masjid Sheikh Maqsud Di Aleppo Dibunuh

BEIRUT: Seorang Imam, Sheikh Hassan Seifeddin dilaporkan dibunuh oleh pemberontak di bandar Aleppo pada Sabtu.

Sheikh Hassan Seifeddin merupakan seorang imam di masjid Sheikh Maqsud yang terletak di kawasan utara Allepo dibunuh dan jenazahnya dipercayai dipancung sebelum diheret melalui jalan-jalan di bandar ini.

Agensi berita SANA melaporkan Seifeddin telah "dibunuh oleh pengganas dan memotong badannya selepas itu, manakala stesen televisyen rasmi Al-Ikhbariya pula melaporkan imam itu telah "disembelih" dan dipancung. - AFP

Artikel Sebelum

Satu Lagi Kes H7N9 Di China

Artikel Berikut

Artikel Lain