suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Album The Beatles Dilelong RM898,281

LOS ANGELES: Satu salinan album kumpulan The Beatles yang bertajuk “Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band", yang jarang ditemui dijual pada harga AS$290,500 (RM898,281.11) pada satu acara lelongan, kata The Hollywood Reporter.

Majalah hiburan itu melaporkan di laman webnya bahawa album berkenaan ditandatangani oleh kesemua empat anggota kumpulan yang terkenal itu, telah dibeli pada Sabtu menerusi Lelongan Warisan yang berpangkalan di Dallas oleh seorang pembeli tidak bernama dari Midwest.

Terdahulu, anggaran yang dicadangkan bagi jualan album itu ialah kira-kira AS$30,000 (RM92,766), kata penerbitan itu.

Kumpulan The Beatles dipercayai telah menandatangani pada kulit album itu pada Jun 1967 ketika ia dikeluarkan.

Menurut The Hollywood Reporter, rekod yang sebelum ini, ialah kulit album Beatles yang ditandatangani pada harga AS$150,000 (RM463,830). - AFP

Artikel Berikut

Bangunan Runtuh, 17 Maut

Artikel Lain