suria

Angka Kematian Rusuhan Agama Meningkat

YANGON: Angka kematian rusuhan agama di tengah Myanmar meningkat kepada 43 orang dengan lebih 1,300 rumah dan bangunan lain dimusnahkan, lapor media rasmi pada Ahad.

Akhbar New Light of Myanmar melaporkan, 68 orang ditahan berhubung rusuhan agama yang menyebabkan 11,376 orang kehilangan tempat tinggal.

"Sebanyak 163 kejadian keganasan dilaporkan berlaku di 15 buah bandar dan pekan,’" lapor akhbar itu.

Jumlah angka kematian rasmi sebelum ini adalah sebanyak 42 orang. - AFP

Artikel Berikut

Bangunan Runtuh, 17 Maut

Artikel Lain