suria

China Namakan Li Keqiang Sebagai PM

BEIJING: Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-12 Parlimen China menamakan Li Keqiang sebagai Perdana Menteri China, Jumaat.

Li menggantikan bekas Perdana Menteri Wen Jiabao untuk memegang kedudukan nombor dua negara bagi tempoh lima tahun, tetapi dijangka berada dalam kuasa selama sedekad seperti pemimpin terdahulu.

Pada Khamis, Xi Jinping dipilih sebagai Presiden China oleh badan perundangan tertinggi negara itu bagi menggantikan bekas Presiden Hu Jintao.

Xi dinamakan Setiausaha Agung Parti Komunis China (CPC) Jawatankuasa Pusat dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC) CPC pada Kongres Kebangsaan CPC ke-18 pada 8 Nov tahun lepas.

Sesi tahunan pertama NPC ke-12 dijadual antara 3 dan 17 Mac juga akan memutuskan naib perdana menteri dan ahli majlis pada Sabtu.

Artikel Berikut

Artikel Lain