suria

Angry Birds Akan Disiar Sebagai Siri Kartun

HELSINKI (Reuters): Pencipta permainan Angry Birds akan melancarkannya dalam bentuk siri kartun pula pada hujung minggu ini, bagi memberikan lebih hiburan melalui permainan yang pernah menghiburkan dan menjadi kegilaan ramai.

Rovio, syarikat yang menghasilkan aplikasi mudah alih popular, Angry Birds berkata siri kartun ini akan menampilkan pengembaraan burung yang pernah muncul dalam permainan sebelum ini.

Angry Birds Toons boleh dimuat turun melalui perkhidmatan atas permintaan, dan akan disiarkan di saluran televisyen seperti FOX8 di Australia, ANTV di Indonesia, Cartoon Network di India, MTV3 Juniori dan MTV3 di Finland, katanya.

Rovio telah meluaskan pengaruhnya melalui pengeluaran barangan beberapa tahun kebelakangan ini dan watak burung berwarna-warninya banyak dijual dan juga boleh didapati pada baju-T shirt sehingga produk minuman bertin.

Pada Disember, diumumkan bahawa eksekutif Hollywood, David Maisel telah dilantik sebagai penerbit eksekutif filem animasi 3D yang dijangka akan diterbitkan pada 2016.

Artikel Berikut

Artikel Lain