suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

60 Maut Akibat Arak Buatan Sendiri di Libya

TRIPOLI: Seramai 60 orang maut manakala beratus lagi mengalami keracunan selepas mengambil minuman alkohol buatan sendiri di Libya, demikian menurut pegawai kerajaan susulan pihak berkuasa tempatan mahu mengambil tindakan tegas terhadap penyeludupan minuman keras.

"Angka korban akibat pengambilan minuman alkohol berkenaan meningkat kepada 60 orang manakala 709 yang lain mengalami keracunan," kata Ketua Pasukan Krisis Kementerian Kesihatan, Osama Abdejalil pada sidang media, di sini, Sabtu lalu.

Menteri Kesihatan, Nour Doghman, berkata masalah keracunan kemungkinan disebabkan metanol yang terdapat dalam arak murah dikenali sebagai Boukha dan Libya menggesa rakyatnya supaya tidak mengambil sebarang bentuk minuman beralkohol ketika ini.

Metanol yang juga digunakan sebagai bahan api sering dicampurkan dengan arak buatan sendiri dalam kuantiti kecil untuk mengukuhkan kandungan alkoholnya. - AFP

Artikel Lain