suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Blackberry Z10 Mula Dijual Di Pasaran AS 22 Mac

Blackberry Z10.
Blackberry Z10.
Blackberry Z10.

TORONTO: Pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) akan mula menjual telefon pintar terbarunya menggunakan skrin sesentuh bersama syarikat telekomunikasi AT&T bagi pelanggan di Amerika Syarikat (AS) pada 22 Mac ini.

Penjualan model Z10 itu hanya selepas RIM mengadakan pelancarannya beberapa minggu lalu.

AT&T berkata, Z10 boleh diperoleh pada harga AS$199.99 seunit bagi kontrak selama dua tahun.

Penjulan model itu juga akan dimulakan di United Kingdom dan Kanada dalam masa terdekat selepas RIM melancarkan telefon berkenaan hujung Januari lalu.

Penyedia perkhidmatan lain, T-Mobile pula berkata pihaknya menjangkakan model BlackBerry terbaru itu akan ditawarkan untuk pelanggan korporat pada hujung minggu ini.

Pelancaran Z10 itu adalah percubaan RIM untuk kembali semula menguasai pasaran telefon pintar selepas Apple berjaya mendahului firma berkenaan dengan pengeluaran iPhone. - AP

Artikel Berikut

21 Pengaman PBB Dibebaskan

Artikel Lain