suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Maut Kapal Kontena Langgar 'Harbourcraft' Di Singapura

SINGAPURA: Seorang maut manakala seorang lagi dimasukkan ke hospital susulan perlanggaran antara 'Bosun', iaitu kapal kontena yang didaftar di Antigua and Barbuda dan bot 'harbourcraft SC3566E' di Sinki Fairway kira-kira 7km barat daya Terminal Pasir Panjang, Rabu.

Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) Singapura berkata laporan mengenai pelanggaran itu diterimanya pada 12 tengah hari.

Menurutnya terdapat dua orang di atas harbourcraft itu yang karam akibat perlanggaran.

Sebuah kapal yang lalu di situ memberi bantuan segera.

Seorang daripada dua mangsa yang terbabit disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi dihantar ke National University Hospital untuk rawatan.

MPA berkata agensi itu mengeluarkan siaran pelayaran kepada kapal di sekitar kawasan terbabit agar menjauhi kawasan kemalangan, dan menambah operasi pelabuhan tidak terjejas.

Agensi itu berkata siasatan berhubung insiden itu sedang dijalankan dan akan menyemak semula prosedur di pelabuhan. - BERNAMA

Artikel Lain