suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Badan Perundangan Tertinggi China Undi Presiden, PM Baharu 14 & 15 Mac ini

BEIJING: Pada Khamis, Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China akan mengundi presiden baharu Xi Jinping untuk mengambil alih tugas secara rasmi daripada penyandang Hu Jintao.

Hari berikutnya, badan perundangan tertinggi itu yang dibentuk selepas Kongres Kebangsaan Parti Komunis China (CPC) ke-18 pada November tahun lepas, juga akan mengundi perdana menteri baharu Li Keqiang untuk menggantikan Wen Jiabao yang akan melepaskan jawatan itu.

Naib Presiden dan Naib Perdana Menteri negara itu, masing-masing akan dipilih pada 14 dan 15 Mac oleh NPC.

Bagaimanapun, proses pengundian bagi jawatan tertinggi di negara ini dilakukan secara rahsia. Rombakan pucuk pimpinan itu akan selesai pada sesi tahunan pertama NPC ke-12, dijadualkan antara 5 dan 17 Mac.

Ia telah menarik perhatian antarabangsa untuk menyaksikan perkembangan masa depan ekonomi kedua terbesar dunia itu.

NPC akan memutuskan ahli majlis, menteri-menteri bagi jabatan kerajaan, menteri-menteri bertanggungjawab bagi suruhanjaya-suruhanjaya Majlis Negara, gabenor People's Bank of China dan Ketua Audit Negara serta Setiausaha Agung Majlis Negara.

Ia juga akan menentukan pengerusi, naib pengerusi dan anggota Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Republik Rakyat China, serta ketua-ketua bagi Mahkamah Agung Rakyat dan Pemerolehan Agung Rakyat.

Artikel Berikut

21 Pengaman PBB Dibebaskan

Artikel Lain