suria

Tiga Terkorban Pesawat Kecil Terhempas Di Tempat Letak Kereta

FORT LAUDERDALE (Florida): Sebuah pesawat kecil terhempas di tempat letak kereta berhampiran lapangan terbang South Florida petang Jumaat, membawa kepada kematian tiga orang dalam pesawat dan membakar lebih dari 10 kenderaan.

Bagaimanapun tiada siapa di kawasan darat yang tercedera.

Ketua Bahagian Bomba-Penyelamat John San Angelo berkata Piper Navajo, pesawat 'turboprop' dengan enjin berkembar, mula mengalami masalah enjin sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Eksekutif Fort Lauderdale kira-kira pukul 4.30 petang.

Pesawat cuba berpatah balik dan membuat pendaratan kecemasan, tetapi ia tidak dapat kembali ke lapangan terbang, katanya.

Pesawat melanggar pokok dan pagar sebelum terhempas ke tempat letak kereta, yang merupakan sebahagian daripada kawasan perindustrian yang sibuk berhampiran blok gudang dan kawasan yang padat dengan kedai-kedai.

Nama mangsa belum didedahkan. Tujuh kereta dan bot terbakar.

"Ia kelihatan seperti kawasan sampah yang terbakar," kata Matt Little, seorang jurucakap bomba dan penyelamat Fort Lauderdale.

Artikel Lain