suria

7,500 Bangkai Khinzir Cemari Dua Batang Sungai Utama Di Shanghai

JIAXING: Beribu bangkai khinzir telah mencemari Sungai Shanghai sekaligus mencetuskan kebimbangan akan wabak serta kebersihan air yang ditapis dan disuling dari sungai tersebut untuk kegunaan domestik.

Sehingga Jumaat, pihak berkuasa tempatan telah mengira sejumlah 7,500 bangkai khinzir terapung dari Sungai Huangpu sebelum memasuki Sungai Shanghai.

Sungai Huangpu membekalkan 20 peratus daripada sumber bekalan air untuk penduduk wilayah ini.

Pihak berkuasa Shanghai telah menyalahkan para penternak di Jiaxing yang terletak dalam wilayah Zhejiang sebagai punca kepada pencemaran tersebut.

Khinzir yang dihumban ke dalam sungai-sungai tersebut mati akibat wabak penyakit sejak beberapa hari lalu.

Pihak berkuasa tempatan juga telah melipat gandakan usaha pemeriksaan di pasar untuk memastikan daging khinzir tercemar akibat daripada wabak itu tidak sampai ke meja makan.

Shanghai didiami oleh 23 juta orang penduduk.

Daging khinzir menjadi pilihan utama di China menguasai 64 peratus daripada pasaran daging tempatan tahun lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain