suria

4 Terbunuh Dalam Kejadian Berbalas Tembakan di New York

NEW YORK: Empat terbunuh manakala dua yang lain cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dua lokasi berasingan di bandar New York, pada Khamis.

Menurut media tempatan, WKTV dan Herkimer Telegram, empat individu ditembak di sebuah salun rambut di bandar Mohawk, di mana dua daripadanya terbunuh manakala dua yang lain ditembak mati di tempat mencuci kereta berdekatan bandar Herkimer.

Kedua-dua bandar berkenaan terletak kira-kira 360 kilometer di utara bandar New York.

Ketua Polis Herkimer, Joseph Malone, berkata pihak polis sedang mencari suspek yang dikenal sebagai Kurt Myers berusia 64 tahun. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain