suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 Terkorban Nahas Pesawat di Brazil

RIO DE JANEIRO: Sepuluh orang terbunuh apabila pesawat satu enjin terhempas di bandar kecil Almeirim, utara Brazil, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis.

Pesawat itu hilang dari bacaan radar lewat Selasa lalu, tetapi bangkai pesawat masih tidak ditemui hingga semalam kerana lokasi kemalangan berlaku di kawasan hutan padat.

Pesawat satu enjin, Embraer 821-Caraja, berlepas dari Belem, ibu negeri Para dan terhempas selepas 20 kilometer terbang dari lapangan terbang Monte Dourado.

Pihak berkuasa berkata, pesawat kecil itu milik syarikat pengangkutan udara Fretax, membawa sembilan pekerja syarikat kejuruteraan Cesbe untuk ke loji kuasa hidroelektrik Santo Antonio do Jari yang sedang dalam pembinaan.

Punca kemalangan masih tidak diketahui dan disiasat oleh pihak berkuasa penerbangan. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain