Menteri Pertahanan Perancis Tolak Rundingan Dengan Penculik Sebuah Keluarga - Dunia | mStar

Menteri Pertahanan Perancis Tolak Rundingan Dengan Penculik Sebuah Keluarga

PARIS: Menteri Pertahanan Perancis pada Selasa menolak untuk berunding dengan kumpulan pengganas yang menculik sebuah keluarga di Cameroon selepas satu rakaman video mangsa tebusan muncul di laman sosial YouTube.

"Kita tidak berunding mengenai syarat-syarat ini dengan kumpulan tersebut.

"Apa yang kita selalu lakukan adalah menggunakan apa jua cara untuk memastikan tebusan dibebaskan.

"Tetapi kita tidak terlibat dengan permainan tawar menawar ini kerana ia adalah keganasan," kata Menteri Pertahanan Jean-Yves Le Drian dalam temu bual bersama sebuah stesen radio.

Beliau berkata demikian selepas satu rakaman video dengan tujuh ahli keluarga muncul dalam YouTube dengan penculik mereka yang dipercayai kumpulan pengganas, Boko Haram menuntut supaya ahli mereka yang dipenjarakan dibebaskan.

Ketujuh-tujuh mangsa diculik pada 19 Februari lalu ketika melawat ke sebuah taman negara di Cameroon.

Mereka dipercayai dibawa ke utara Cameroon, beberapa kilometer dari sempadan Nigeria.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pasar Haram Terbakar, 13 Terbunuh

Artikel Berkaitan

Artikel Lain