suria

Jet Pejuang Iring Pesawat AS Selepas Terima Amaran Rampasan

LOS ANGELES: Dua jet pejuang F-15 mengiringi penerbangan Alaska Airlines ke lapangan terbang utama Seattle pada Khamis selepas seorang pemanggil yang tidak diketahui memberitahu Biro Siasatan Persekutuan (FBI) terdapat seorang penumpang lelaki yang kemungkinan merupakan seorang perampas (hijacker), kata pihak berkuasa.

Jurucakap FBI di Honolulu, Tom Simon, memberitahu AFP bahawa pemanggil yang tidak diketahui itu memaklumkan pejabatnya kemungkinan terdapat seorang perampas di dalam pesawat 819 Alaska Airlines, dan memberitahu identiti lelaki itu dengan nama.

Krew penerbangan diberi maklumat mengenainya, dan pesawat mendarat ‘tanpa sebarang drama yang berlaku’,” kata Simon.

Pihak berkuasa tempatan dan para pegawai FBI mengasingkan lelaki yang tidak dikenali itu dari pesawat untuk disoal siasat.

Simon tidak dapat memberitahu sama ada lelaki berkenaan masih dalam jagaan polis pada lewat Khamis, dan panggilan ke pejabat FBI di Seattle tidak dapat dihubungi. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain