suria

Jepun Arah Duta Algeria Jawab Isu Menyelamat Tebusan

TOKYO: Kementerian Luar Jepun mengarahkan duta Algeria pada Jumaat, yang meminta maklum balas mengenai operasi menyelamat di utara Afrika itu di mana berpuluh-puluh tebusan ditakuti terbunuh.

Seorang pegawai di kementerian luar mengesahkan laporan media bahawa Sid Ali Ketrandji telah dipanggil untuk berjumpa dengan timbalan menteri luar.

“Perjumpaan ini mengenai insiden berkenaan,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Berita itu timbul apabila Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengumumkan akan memendekkan lawatannya ke Indonesia dan kembali ke tanah air, berikutan sekurang-kurangnya 14 rakyat negara itu dijadikan tebusan di Algeria.

“(Abe) akan membatalkan sebahagian rancangan beliau di Indonesia, termasuk memberi ucapan dasar menghadiri jamuan makan malam yang dianjurkan oleh Presiden Indonesia, (Susilo Bambang) Yudhoyono,” kata seorang pegawai kementerian luar kepada AFP. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain