suria

Parlimen AS Lulus Bantuan Taufan Sandy RM152.87 Bilion

WASHINGTON: Parlimen di sini meluluskan sejumlah AS$50.7 bilion (RM152.87 bilion) untuk bantuan kepada mangsa Taufan Sandy.

Undian 241-180 menyerahkan keputusan mengenai bantuan itu kepada Dewan Senat yang dijangka akan dilaksanakan pada Selasa minggu depan.

Ahli parlimen dari bahagian timur laut negara itu daripada kedua-dua parti telah memberi penekanan terhadap bantuan itu selama lebih dua bulan.

Taufan Sandy yang mula melanda pada Oktober tahun lalu menyebabkan 140 kematian dan memusnahkah beberapa kawasan yang mengalami bencana banjir dan angin ribut.

New York, New Jersey dan Connecticut merupakan kawasan yang paling terjejas teruk akibat bencana itu. - AP

Artikel Lain