suria

Pilihan Raya Parlimen Grenada 19 Februari Ini

ST. GEORGE'S, GRENADA: Negara Kepulauan Caribbean, Grenada akan mengadakan pilihan raya parlimen pada 19 Februari ini.

Perdana Menteri Tillman Thomas mengumumkan tarikh tersebut dalam perhimpunan politik, malam Ahad, seminggu selepas parlimen di negara itu dibubarkan.

Ratusan golongan partisan menghadiri perhimpunan itu.

Parti Kongres Demokratik Nasional yang diterajui Thomas akan bersaing sengit dengan parti baru pembangkang diketuai Perdana Menteri Keith Mitchell.

Kira-kira 55,000 daripada 110,000 rakyat di kepulauan itu adalah pengundi berdaftar.

Pada September lalu, Gabenor Jeneral Grenada menggantung sesi parlimen untuk mengelakkan Thomas membahaskan mengenai usul yang difailkan oleh rakan sekutunya.

Artikel Lain